Mesyuarat Agung



Selasa, 13 Julai 2010 19:40

- Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan pada atau sebelum 1hb Mei tiap-tiap tahun.
- Korum Mesyuarat Agung ialah tidak kurang dari satu perdua dari jumlah ahli yang boleh mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa Agung mengikut mana yang kurang.
- Agenda mesyuarat Agung Tahunan:
- Membentang minit Mesyuarat Agung yang lepas.
- Membentang Laporan Tahunan bagi tahun yang lepas.
- Membentang Penyata Kira-kira yang telah di audit bagi tahun yang lalu.
- Tertakluk kepada Perlembagaan Persatuan, melantik Ahli-ahli Jawatankuasa.
- Melantik Juruaudit atau Pemeriksa Kira-kira.
- Perbahasan usul di terima 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.