Aktiviti PEKA

Pengilangan

Ahli PEKA telah menubuhkan sebuah syarikat, Konsortium PEKA Sdn Bhd, dalam tahun 1993 bertujuan menyahut seruan Kerajaan yang menggalakan pengusaha Bumiputra dalam aktiviti pengilangan produk kayu. Kilang ini menghasilkan produk kayu “moulding” dan dipasarkan di dalam dan luar negara. Kilang ini juga dilengkapi dengan sebuah logi pengeringan tanur dan pengawetan kayu. Dalam tahun 2014, syarikat ini telah memperolehi pensijilan antarabangsa PEFC ST 2002:2013 Chain of Custody untuk membekalkan kayu “certified” ke pasaran.

Pemasaran dan Promosi

PEKA menyertai pameran tempatan dan antarabangsa untuk mempromosi produk kayu Bumiputra ; sebagai contoh, pameran antarabangsa ialah MICCOS, Malaysian International Furniture Fair dan Export Furniture Exhibition, dan bagi pameran tempatan seperti Homedec Fair and Archidec Fair.

PERUNDINGAN

PEKA menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam beberapa agensi kerajaan dan swasta, dan menggunakan forum tersebut untuk berunding bagi memajukan pengusaha kayu kayan Bumiputra ; diantaranya Ahli Lembaga Pengarah dalam MTIB, FRIM, dan MTC. Dalam sector swasta, PEKA menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam MTA. PEKA juga merupan sebuah persatuan yang terlibat dalam menghasilkan National Timber Industry Policy 2009-2020 ( NATIP ) yang disusahakan oleh MTIB.

PENYELIDIKAN

PEKA terlibat dalam pelbagai kerja penyelidikan bersama agensi Kerajaan dan swasta bagi manfaat pengusaha kayu kayan Bumiputra. Skop penyelidikan diantaranya meliputi pemasaran, teknologi pemprosessan bahan mentah kayu. Dalam tahun 2014, PEKA dengan kerjasama MTC telah mengusahakan satu misi penyelidikan pasaran produk kayu ke Algeria.

Bekerjasama Rapat Dengan Agensi Kerajaan Dan Swasta Dan Pihak NGO

PEKA menganggotai pelbagai jawatankuasa dalam agensi Kerajaan dan swasta untuk pengusaha kayu kayan Bumiputra, seperti jawatankuasa pembangunan pensijilan perabot sekolah ( yang diusahakan oleh FRIM ) , jawatankuasa promosi insentif pelaburan ( oleh MIDA ). Dalam sektor swasta pula, PEKA terlibat dalam banyak projek yang diusahakan oleh MTA.