Latar Belakang PEKA

Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan Bumiputra Malaysia (1991) telah ditubuhkan pada 1991 oleh sekumpulan usahawan Bumiputra yang prihatin kepada kemajuan dan penglibatan Bumiputra dalam industri berasaskan kayu serta berusaha memajukan persatuan ini secara lebih bersepadu.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke dua pada 1994, nama persatuan telah ditukar kepada Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia atau nama ringkasnya PEKA.

Keahlian PEKA terus bertambah dan mereka terdiri dari pengusaha pelbagai sektor seperti Pengilang Kayu, Pengeksport, Pembalak, Pengilang Perabot & Komponen, Pedagang Kayu & Perabot dan Pengendali Jeti serta Ahli Professional.

Peranan yang dimainkan PEKA semakin mendapat tempat dan pengiktirafan di kalangan badan kerajaan, agensi kerajaan, sektor awam, sektor swasta dan umum.

PEKA menjadi satu-satunya persatuan Bumiputra yang di iktiraf oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai pemayung perusahaan kayu-kayan dan menjadi ahli Lembaga Pengarah MTIB selain dari pelbagai Jawatankuasa yang diwujudkan untuk menjadi perantara serta memantau kepentingan Bumiputra keseluruhanya.

Selaras dengan perubahan polisi ekonomi sejagat dan persaingan yang semakin hebat, PEKA sentiasa menjana idea yang kreatif dan bersifat proaktif supaya Persatuan ini terus relevan dan dapat menjana kepentingan ahlinya serta sentiasa bekerjasama dengan semua agensi dan pelbagai pihak supaya hasrat penubuhanya terjaga.